Hubungi Saya !!!!

Hubungi Saya !!!!

Pengurusan Sungai

Sungai, sumber air bagi kehidupan manusia, boleh berubah menjadi jentera pemusnah dan bencana akibat kecuaian manusia atau daripada kejadian alam. Malaysia mempunyai 189 sistem sungai yang merangkumi 1,800 sungai dan anak sungai dengan panjang keseluruhannya 57,300 kilometer.Terusan sungai mesti dijaga bagi mengelakkan banjir oleh sebab kesan cuaca akibat kesan pemanasan global yang tidak menentu dan kegiatan manusia. Pembangunan tanpa kawalan boleh menyebabkan hakisan tanah dan pemendapan muara sungai. Ini boleh menyebabkan banjir sementara sumber air terjejas kerana kawasan tadahan yang terganggu akan mengurangkan kapasiti air storan. JPS sejak ia ditubuhkan pada tahun 1932.Ekoran banjir besar tahun 1971, JPS telah diamanahkan untuk menjalankan program tebatan banjir yang menyeluruh. Dengan peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan, empangan-empangan telah dibina, sungai dan parit utama telah diperbaiki bagi mengelakkan banjir, di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Langkah-langkah lain termasuk pelencongan sungai, 'pembarauan' dan pembersihan sungai serta penyenggaraan dan pengurusan rizab sungai. JPS juga membantu pihak berkuasa kerajaan negeri dan jurulatih tempatan untuk menentukan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan harmoni dengan alam sekitar sungai supaya sumber air, hidupan akuatik dan kawasan rekreasi yang berasaskan sungai dapat dipelihara. Pada tahun 1990, ekoran "Persidangan Dan Pengurusan Sungai', yang diadakan pada tahun 1988, dan susulan perbincangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Bertindak Khas dan Direktorat, maka Bahagian Kejuruteraan Sungai, JPS telah ditubuhkan. Fungsi utama Bahagian ini adalah untuk memastikan pengurusan sungai yang baik, melindungi air sungai dan kualitinya, mengurangkan risiko banjir dan memberi gerak balas segera kepada apa sahaja aduan kerja pembaikan yang berkaitan dengan sungai. Ini dapat dicapai dengan menjalankan penyelidikan tentang isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan amalan pengurusan dan penjagaan sungai dan merangka garis panduan dan strategi baru yang sesuai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

River Ranger JPS Negeri