Hubungi Saya !!!!

Hubungi Saya !!!!

Kerjasama JPS Malaysia dengan Global Environment Centre

Program Satu Negeri Satu Sungai secara umumnya adalah satu program jangkamasa pendek yang bertujuan untuk membawa agensi kerajaan tempatan beserta komuniti dan golongan muda lebih dekat kepada alam sekitar dan pengurusan sungai secara bersepadu. Program ini dirangka khusus dengan memberi penekanan kepada aspek latihan dan kesedaran serta pendidikan berkaitan sungai dan kualiti air. Melalui kumpulan sasaran yang telah ditetapkan untuk setiap negeri dan mengikut zon yang disenaraikan, peserta-peserta program akan dilatih dan diberi tunjuk ajar sewajarnya mengikut modul yang telah dibangunkan di bawah program ini. Di melatih wakil dan pegawai agensi kerajaan tempatan, pihak badan bukan kerajaan dan berkuasa tempatan program latihan di bawah Satu Negeri dan Satu Sungai ini juga melatih para guru – guru sekolah terpilih. Selaras dengan program River Ranger yang diperkenalkan oleh JPS dan Global Environment Centre, setiap para peserta yang telah mengikuti latihan bawah program ini diiktiraf sebagai Jurulatih River Ranger terlatih. Oleh itu setiap negeri yang terlibat di bawah program ini telah menubuhkan unit River Ranger mereka sendiri yang akan melatih bakal – bakal River Ranger di lembangan sungai terpilih. Bagi pihak sekolah pula guru-guru yang telah dilatih disarankan untuk menubuhkan unit River Ranger di kalangan pelajar dengan dibantu oleh pihak JPS negeri masing-masing.

Global Environment Centre (GEC) yang dilantik sebagai penyelaras dan pelatih program ini adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berpengalaman luas dalam aktiviti – aktiviti alam sekitar melalui penglibatan masyarakat setempat. Program River Ranger GEC yang diperkenalkan bawah program Satu Negeri Satu Sungai telah lama di laksanakan di peringkat sekolah – sekolah khususnya di sekitar Negeri Selangor. Di samping itu GEC juga aktif di dalam mempromosikan program bercorak pendidikan dan kesedaran bersama masyarakat tempatan di kawasan di mana GEC dilantik sebagai penyelaras projek. Antara penglibatan GEC dalam program seumpamanya adalah seperti berikut:

1. Program Penyertaan Komuniti Setempat dalam
Pengurusan Sungai di Malaysia
2. Program Pendidikan Alam Sekitar
3. Program SMART Ranger dan RIVER Ranger
4. Penubuhan Kumpulan Sahabat Sungai/Tasik
5. Program Pembangunan Keupayaan (capacity building)

Program kerjasama JPS dan GEC di bawah Satu Negeri Satu Sungai memberi tumpuan kepada Masyarakat tempatan atau sesiapa sahaja di Malaysia yang mempunyai kepentingan dan hubungan dengan Sungai serta mendiami dalam lembangan yang sama, tanpa mengambilkira siapa dan dari mana. Ini kerana program ini menyasarkan penglibatan komuniti dan anda adalah merupakan sebahagian daripada komuniti tersebut.

Di samping melaksanakan program untuk mancapai objektif utama, aktiviti-aktiviti yang dirangka di bawah program ini juga mempunyai objektif khusus seperti berikut yang di harap dapat membawa satu perubahan ketara kepada agensi kerajaan, bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan golongan pelajar yang terlibat secara langsung dalam program ini. Objektif khusus perlaksanaan aktiviti bawah program ini adalah seperti berikut:

Memupuk kesedaran, pemahaman dan keupayaan di kalangan komuniti tempatan dalam pengurusan sungai.
§ Mempromosikan penglibatan masyarakat setempat dalam pengurusan sungai.

Membangun dan mengujudkan perkongsian bijak di antara DID, NGOs, CBOs dan orang awam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

River Ranger JPS Negeri