Hubungi Saya !!!!

Hubungi Saya !!!!

Pengurusan sumber air perlu dilaksana secara Holistik

MUAR 27 Mac – Pengurusan sumber air perlu dilaksanakan secara bersepadu dan holistik kerana keperluan air negara dijangka meningkat 60 peratus di dalam tempoh 50 tahun kepada 18 bilion meter padu pada 2050 berbanding 11 bilion meter padu pada 2000.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting bagi negara menjamin bekalan air yang mencukupi dan berterusan, di samping mematuhi tahap piawaian kualiti air yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat digunakan.

Penekanan perlu diberi kepada pemeliharaan biodiversiti, hutan dan penjagaan alam sekitar kerana kesemua aspek itu berkait rapat dengan kawasan tadahan air serta kualiti dan kuantiti sumber air, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Air Sedunia di Dataran Tanjung Emas di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha pemuliharaan sungai-sungai perlu dipertingkatkan memandangkan ia membekal 97 peratus daripada sumber air mentah negara.

"Pembangunan yang tidak terkawal akan membawa kesan negatif terhadap biodiversiti dan ekosistem semulajadi dan ini akan menjejaskan sumber air negara dengan implikasi yang serius terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya. – Bernama (27/03/2010 3:16pm)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

River Ranger JPS Negeri