Hubungi Saya !!!!

Hubungi Saya !!!!

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu @ IRBM

Sejak permulaan tamadun, sungai telah memainkan peranan penting yang utama dalam membentuk dan mempengaruhi pembangunan negara dan budaya penduduknya. AHampir-hampir semua bandar utama di Malaysia terletak di tepi sungai. Penempatan terawal adalah bersebelahan dengan tebing sungai di hulu Sungai Perak dalam sebuah perkampungan kecil di Luat, Perak. Dapatan arkeologi juga telah mendedahkan bahawa masyarakat telah wujud di kawasan hulu Sungai Perak ini lebih daripada 30,000 tahun yang lalu. Talan Penarikan pada awal abad kedua belas, juga dikenali sebagai Golden Chersonese, merupakan salah satu laluan perdagangan paling awal yang wujud di sepanjang sungai-sungai di semenanjung. Kuala Lumpur telah didirikan di pertemuan (kuala) Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Selain warisan bersejarah yang terkemuka ini, sungai-sungai di Malaysia juga telah menyediakan satu cara pengangkutan, membantu mewujudkan pelabuhan dan bandar, membuka daerah pedalaman, memberi kehidupan kepada penduduk tepi sungai, membawa para peneroka baru ke pendalaman, mengairi tanah, menjana kuasa hidro, dan mempengaruhi budaya dan tradisi manusia. Sungai-sungai di Malaysia, berkongsi beraneka jenis flora dan fauna, juga menawarkan peluang rekreasi yang sangat hebat. maklumat lanjut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

River Ranger JPS Negeri